Thursday, April 14, 2016

Jahit Pukal Murah & Kualiti di KL

Hi ! Masih mencari tempat jahit pukal untuk buat stock raya? Banyak kilang dah tak nak ambil dah kan? Tapi kami masih terima !

Min 100 pcs untuk satu design. Contact 0142282567. No call, only whatsapp :)

Sunday, January 31, 2016

Kompilasi Dia

Dia aku kenali sudah lama, kami agak serasi bersama
Dia yang aku kenal seorang yang lemah lembut dan sopan perwatakannya
Disenangi kawan, teman dan keluarga
Secara luaran dia sama seperti orang-orang biasa
Ya, semua pun tampak sama pada luaran sahaja
Tiada apa-apa yang istimewanya tentang dirinya
Berwajah biasa, berkulit biasa, percakapan biasa, langkah lenggok yang biasa, serba serbi biasa
Itu tanggapan orang padanya

Dia aku kenali sudah lama, misteri dirinya mengelirukan aku dan teman
Mahupun aku dan dia bagaikan kembar yang berkongsi hati dan perasaan
Dia tidak banyak berbicara mengenai hatinya, jauh sekali berkongsi rasa dan pengalaman

Dia lebih suka menyimpan semuanya jauh didalam
Memilih untuk tidak meluahkan walaupun sepatah cuma
Takut-takut orang tidak boleh menerima dia yang semalam

Dia yang aku kenali sudah lama, luarannya lembut dalamannya teguh sekali lalu
Hatinya keras bila dia mula membuat keputusan akan sesuatu
Tabah meneruskan kehidupan yang berliku
Hatinya beku untuk dipujuk rayu
Mungkin esok mungkin lusa dan mungkin dia tidak sendiri pun tidak tahu
Usah ditunggu dan usah dipaksa semua itu hanya sia-sia yang layu
Dia tahu siapa dirinya cekal menongkah arus dilandai bayu