Read my story
Ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata. Benar-benar terjadi pada beberapa hari yang lepas.
Pada hari Sabtu yang lalu, En Kasim (bukan nama sebenar) telah membawa seisi keluarga beliau berbuka puasa di Restoran Nasi Arab Samad (bukan nama sebenar) yang terletak di sekitar ibu kota. En Kasim dan En Samad telah lama berkawan malah agak rapat juga. En Kasim tertarik untuk membawa keluarga beliau berbuka di Restoran Nasi Arab Samad kerana promosi yang ditawarkan. Potongann 50% diskon diberikan kepada pelanggan-pelanggan Restoran Nasi Arab Samad sempena mempromosikan juadah buffet berbuka puasa mereka yang mana promosi ini sebagai percubaan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan hanya untuk minggu pertama puasa sahaja.
Tanpa berlengah-lengah lagi En Kasim segera menelefon Restoran tersebut untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu, takut juga sesudah sampai disana restoran penuh pula. Sebelum itu, En Kasim sempat menanyakan pada pekerja yang menjawab telefon beliau samada promosi itu masih valid. Ya, alhamdulillah sehingga Khamis depan kata pekerja itu. Risau juga En Kasim jika terlebih caj nanti maklumlah banyak juga yang orang-orang makan sampai beribu-ribu ringgit dan share di facebook.
Selesai solat Asar, En Kasim dan keluarga terus bertolak ke Restoran tersebut memandangkan Restoran itu terletak di sekitar ibu kota yang mana jalan sesak adalah perkara yang biasa di kawasan itu. En Kasim tiba agak awal disana pada hari itu. Jalan pula agak lengang. Agaknya orang ramai memilih untuk berbuka puasa bersama keluarga dirumah pada awalan puasa. En Kasim menunggu azan Maghrib bersama keluarga dengan penuh sabar.
En Kasim mengetuai keluarga beliau dengan membaca doa berbuka puasa setibanya azan Maghrib kedengaran. En Kasim dan keluarga beliau menikmati juadah buffet itu dengan berselera sekali. Hidangannya menyelerakan dan banyak pilihan, bermula dari juadah pembuka selera sehinggalah ke dessert. Semua serba lengkap. Kemudahan surau juga disediakan oleh pihak Restoran itu untuk pelanggan-pelanggan yang berkunjung.
En Kasim berpuas hati dan telah menyarankan agar rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain untuk cuba juadah buffet berbuka puasa di Restoran Nasi Arab Samad. Berbaloi katanya. Lagipun En Samad itu kawan baik beliau tidak salah rasanya jika beliau tolong mempromosikan Restoran kawan baik beliau.
Dua hari kemudian, pada petang yang agak sibuk dengan kertas kerja yang hendak disiapkan sebelum pulang berbuka bersama keluarga En Kasim menerima panggilan melalui telefon bimbit dari kawan beliau En Samad.
En Kasim: Salam. Mad apa khabar ?
En Samad: Khabar baik. Terima kasihlah bawa keluarga kau datang makan kat restoran aku hari tu.
En Kasim: Sama-sama. Sedap Mad makan kat Restoran kau. Boleh pergi lagi nih. Aku siap ajak kawan-kawan lain lagi nak pergi sama nanti.
En Samad: Baguslah macam tu. Sim aku nak bagitau kau ni..
En Kasim: Ye, nak bagitau apa Mad ?
En Samad: Takde, aku cuma nak bagitau yang masa kau datang bawa keluarga kau haritu tu ada lagi baki RM106. Nanti bila-bila kau free kau datanglah, tak payah datang hari ni pun takpe. Aku cuma nak bagitau je.
En Kasim: Eh, baki bayaran apa pulak ni Mad ? Haritu aku bayar cash.
En Samad: Takde, macam ni... Haritukan aku buat promosi 50% diskon untuk minggu pertama.
En Kasim: Ha yelah, betul lah tu
En Samad: Tapi lepas aku kira-kira balik kan, aku tak dapat untung lah Sim bila buat 50% diskon tu. Jadi, aku tak jadilah bagi diskon 50% tu. Aku cuma boleh bagi diskon 30% je. Sebab tu tadi aku bagitau kau ada baki bayaran RM106.
En Kasim: .....................................................................
*Berfikir seketika
En Kasim: Tapi kenapa RM106 Mad? Bukan RM100 je ke? Harga makan RM100 seorang. Diskon 50% jadi RM50. Kalau diskon 30% jadi RM70 lah sorang. Haritu dah bayar RM50 x 5 orang. Jadi baki RM20 x 5 = RM100 patutnya kan
En Samad: RM6 GST Sim...
En Kasim: !@#$%^&**()(*&^%%$##@!~@#$%^^&**(((((&^%$#!!!!
Jika anda ditempat En Kasim apakah tindakan yang wajar anda lakukan?
Jika anda ditempat En Kasim adakah anda akan menyelesaikan baki RM106 itu?
Jika anda ditempat En Kasim apakah respon yang akan anda beri kepada En Samad?
Jika anda ditempat En Kasim apakah perasaan anda pada masa itu?
Jika anda ditempat En Kasim mahukah anda membawa keluarga anda ke restoran itu lagi?
Jika anda ditempat En Kasim mahukah anda menyarankan rakan-rakan dan keluarga yang lain untuk berkunjung ke restoran itu?
Bagaimana pula dengan peranan En Kasim terhadap keluarga, rakan-rakan dan sahabat baik beliau En Samad?
Jika anda ditempat En Samad pula, apa peranan dan tanggungjawab anda terhadap pelanggan-pelanggan anda dan kawan baik anda ?
SILA RESPON DAN BAGI CADANGAN UNTUK MEMBANTU EN KASIM MENYELESAIKAN DILEMA BELIAU