Tahun 2014 bakal berakhir dalam beberapa hari lagi. Tahun 2014 antara tahun yang memberikan perubahan dalam kehidupan harian. Bermula dengan perubahan status, perhubungan keluarga dan juga perubahan dari segi kerjaya.
Pada waktu ini pada tahun lepas I berada di Guangzhou, China. First time pergi ke sana. Di Guangzhou tidak ada salji cuma bercuaca sejuk bertambah sejuk bila hari hujan. Hari yang paling sejuk masa disana suhu dalam 8'C . Agak menggigil juga lah kan.
Dalam bulan May 2014 Hubby and I pergi ke Krabi, Thailand. Early first anniversary celebration. First time pergi bercuti berdua. Dan first time juga ke Krabi. Disana kami tinggal di Sunda Beach Resort untuk 4 hari 3 malam. Hotelnya agak murah dan sangat exclusive. Dari hotel ke kawasan pantai kira-kira dalam 500 meter saja. Kami sewa motor skuter sepanjang berada disana untuk senang ke sana ke mari. Sewa motor pun murah dalam 200-300 Baht. Sepanjang berada di Krabi aktiviti kami of course lah snorkling, island tour, makan, tido dan melencong :D. Memang tidak dinafikan memang pulau-pulau disana sangat cantik seperti Phi Phi Island, dan beberapa pulau lain yang dah lupa nama. 4 hari 3 malam memang tidak cukup untuk pergi ke semua tempat. Kami plan nak pergi lagi ke Krabi bila ada peluang nanti.
Oh ya sebelum ke Krabi, kami ada pergi ke Langkawi pada bulan February. Satu family pergi, cousin I si Hasni pun pergi.
Lepas balik dari Krabi, I dan Hubby dan juga mama kami bertiga ke Bandung. 5 hari 4 malam rasanya. Agak lama juga. Bandung pun ok agak menarik. Tapi hari last kat Bandung I kena food poisioning. Menakutkan sebelum ni tak pernah-pernah kena food poisioning. Dari tengah malam sehari sebelum flight balik ke KL dah start muntah-muntah semua. Sampai masa nak naik flight balik ke KL dah tak larat nak jalan. Makan apa pun tak boleh masuk, asyik muntah. Minum air mineral pun muntah. Kami kira-kira kena food poisoning sebab makan McD kat sana. I order McD delivery ke hotel sebab malas nak keluar malam tu. Yang bestnya I yang paling teruk kena. Memang sangat phobia sampai sekarang pun dah tak nak makan McD. Ada juga cuba makan McD kat KL lepas 2-3 bulan tapi perut masih tak boleh terima lagi. So sampai sekaranglah I tak makan McD.
Selepas Bandung trip ada juga trip-trip macam weekend getaway yang I dan Hubby pergi. Satu family pun ada. Short trip ke Langkawi, Penang, PD, Melaka, Cameron Highland,Pulau Perhentian dan beberapa tempat lagi yang I sendiri pun dah lupa.
Last trip ke luar negara I dan mama ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Kali ni kali pergi berdua je. Hubby tak ikut. Trip 4 hari 3 malam. Masa kat sana tiap-tiap hari makan Vietnamese Beef Noodle Soup. Sedap !!! Mesti cuba kalau ke Saigon. Restoran makanan halal disekitar Benh Thant market. Jumpa market tu mesti jumpa Halal Restorant. Kalau keluar dari area Benh Thant market agak susah nak cari halal restorant.
Kesimpulannya tahun 2014 ni memang tahun yang banyak berjalan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
OK next year target Boracay ! I ako ay darating Boracay ! ( google translate je pun haha :P)
Alhamdulillah untuk tahun 2014. Semoga tahun 2015 akan lebih baik dari tahun ini dengan semua niat-niat yang baik Lillahi Ta'ala untuk kebaikan dan kebahagian I, Hubby, Family dan semua rakan kenalan.
Pity you, Aida. You kena sick perut... muntah...pening during your trips..Please do execise more to be strong before you go travel ya!
ReplyDelete